Tajuk

Translate

Tuesday 9 February 2016

Pilihan Raya

Sumber dari buku Pengajian Malaysia #kuning

   Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmati oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi, iaitu pada tahun 1951 dan 1955.


Maksud Pilihan Raya
  • Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat perseketuan ataupun negeri. Secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur. Walau bagaimanapun, pengiraan terbanyak dikira sebagai menang. Kemenangan tetap diambil kira walaupun dengan majoriti mudah. Keseluruhannya, pilihan raya adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.






Fungsi Pilihan Raya


  1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.  
  2. Mengekalkan pucuk pimpinan.
  3. Pemilihan  calon  bagi  mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
  4. Menguatkan kestabilan dan legitimas dalam sebuah organisasi dan kumuniti politik.
  5. Meneruskan  legasi  negara  Demokrasi Berpalimen.
  6. Memberi  peluang  kepada  rakyat  untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan.